Covid-19 meningkat musim Aidilfitri, catat 4,963 kes

Covid-19 meningkat musim Aidilfitri, catat 4,963 kes

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 dilaporkan meningkat sebanyak tiga peratus pada musim perayaan Aidilfitri iaitu pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) bermula dari 23 hingga 29 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, kes Covid-19 turut direkodkan sebanyak 4,963 pada minggu tersebut.

“Seperti diperhatikan dalam pelaporan data Covid-19 semasa musim perayaan beberapa tahun kebelakangan ini, sememangnya terdapat sedikit peningkatan kes iaitu tiga peratus pada ME 17/2023 berbanding 4,817 kes minggu sebelumnya.

“Data dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) juga menunjukkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan awam meningkat dari 4.8 kepada 5.8 bagi setiap 100,000 populasi pada ME 17/2023 berbanding ME 16/2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat daripada 1.4 kepada 1.8 per 100,000 populasi.

Katanya, bagi Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula meningkat daripada 1.3 kepada 2.0 per 100,000 populasi.

“Sementara, pengisian katil dilaporkan meningkat masing-masing tiga peratus bagi katil bukan kritikal dan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat sebanyak 0.2 peratus.

“Untuk makluman, peratus pengisian katil ICU Covid-19 pada 4 Mei lalu ialah 15 peratus, manakala pengisian katil bukan kritikal mencatatkan 23 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya