Bumbung rumah tercabut dipukul ribut - Utusan Malaysia

Bumbung rumah tercabut dipukul ribut

MOHAMED Jali melihat rumahnya yang musnah dihempap pokok semasa ribut di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tiga beranak berdepan detik cemas selepas bumbung kediaman mereka tercabut dan ‘terhumban’ sejauh 10 meter selepas dipukul ribut dalam kejadian di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Baharom Yusof, 45, bersama isteri dan anak perempuan berusia dua tahun sedang berehat di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kejadian tersebut.

Berkongsi detik cemas itu kepada Utusan Malaysia, Baharom berkata, semasa kejadian hujan dan tiupan angin yang melanda kawasan kampung cukup kuat sehingga beberapa kali dia terdengar bumbung rumah bergegar.

“Tiba-tiba suasana jadi cerah, barulah saya sedar rupa-rupanya bumbung rumah hilang diterbangkan ribut.

“Saya dan isteri terus membawa anak keluar menyelamatkan diri. Sebaik sahaja keluar saya dapati bumbung melekat di sebatang tiang elektrik dan beberapa keping zink bersepah di atas jalan,” katanya di sini.

Jelasnya, ekoran kejadian itu dia mengalami kerugian RM30,000 melibatkan bumbung, pendawaian dan perkakasan elek­trik.

Penghulu Mukim Bendang Pak Yong, Mohd. Azmi Ibrahim berkata, enam buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor terjejas di­sebabkan kejadian ribut itu.

“Paling teruk melibatkan rumah Baharom dan satu lagi rumah penduduk di Kampung Kajang Sebidang apabila pokok menimpa bumbung rumah.

“Selebihnya melibatkan ke­rosakan kecil. Pejabat DUN Pengkalan Kubor sudah ambil tindakan untuk bantuan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.