Berniaga lembu tambah pendapatan sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

Berniaga lembu tambah pendapatan sempena Aidiladha

MOHD. Ridzuan Mamat menunjukkan sebahagian lembu yang akan dijual sempena Aidiladha di Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ketibaan Aidiladha ibarat ‘bonus tahunan’ bagi pengusaha tanaman rumput napier yang menjana pendapatan tambahan selain menjual lembu untuk korban.

Mohd. Ridzuan Mamat, 41, berkata, dia membawa masuk 100 ekor lembu baka KK Cross serta Brahman dari Thailand sejak Februari lalu yang diternak secara fidlot sebelum dijual.

Menurutnya, sebanyak 60 ekor lembu yang diternak di kawasan padang ragut Kampung Binjai Kertas di sini telah mendapat tempahan sejak lebih seminggu lalu daripada pembeli dari Hulu Terengganu, Kuala Terengganu serta Dungun.

Katanya, ternakan itu dijual dari harga RM4,500 hingga RM5,600 seekor dengan anggaran seberat 250 kilogram (kg) sehingga 350kg bagi setiap seekor.

“Permintaan lembu korban di dijangka meningkat menjelang Aidiladha,” katanya ketika ditemui di Kampung Binjai Kertas semalam.

Jelasnya, ketika ini dia menceburi bidang tanaman rumput napier jenis ‘Pak Chong’ sejak lebih tiga tahun lalu untuk diproses menjadi makanan ternakan.

Tambahnya, dia sebelum ini juga telah mengusahakan ternakan lembu tetapi terpaksa berhenti kerana masalah makanan ternakan yang semakin mahal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya