Bekalan air di Pulau Pinang hampir 100 peratus pulih - Utusan Malaysia

Bekalan air di Pulau Pinang hampir 100 peratus pulih

BEKALAN air kepada penguna di Pulau Pinang yang terjejas ekoran kejadian paras air Sungai Muda menurun Ahad lalu hampir 100 peratus pulih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Bekalan air kepada pengguna di negeri ini yang terjejas akibat kejadian paras air Sungai Muda menurun Ahad lalu telah hampir 100 peratus dipulihkan setakat pukul 11 pagi tadi.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hanya sesetengah kawasan masih mengalami isu tiada bekalan air.

Katanya, ia disebabkan isu berkaitan paip pecah, angin di dalam paip dan sistem retikulasi dalaman yang melibatkan sistem pam air dalaman dalam premis blok pangsapuri.

”Sehingga pukul 11 pagi hari ini, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna air Pulau Pinang yang terjejas akibat kejadian paras Sungai Muda pada Ahad lalu.

”PBAPP sedang memantau dengan teliti kestabilan keseluruhan sistem bekalan air Pulau Pinang ke arah fasa pemulihan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pada pukul 5 pagi, Ahad lalu telah menyebabkan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terjejas.

Difahamkan, penurunan paras air Sungai Muda itu berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air (pintu barrage) Sungai Muda.

Kenyataan itu menambah,
pasukan kerja PBAPP masih bekerja keras untuk menyelesaikan isu di lapangan.

“Jika pengguna masih menghadapi masalah bekalan air, laporan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-255 8255,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya