Ahli PBSM diminta bersiap siaga

Ahli PBSM diminta bersiap siaga

MOHD. Rashidi Mohd. Nor (empat dari kanan) bersama ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) selepas kempen derma darah di Dewan UMNO Pontian, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kebangsaan meminta ahli-ahlinya bersedia untuk menjadi sukarelawan dan boleh digerakkan ke mana-mana lokasi bencana pada bila-bila masa.

Timbalan Pengerusi (Khidmat Masyarakat) PBSM Kebangsaan, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Nor berkata, ahli-ahli yang telah bekerja dan menamatkan pengajian masih boleh menyumbang sesuatu kepada PBSM.

Katanya, walapun hari ini PBSM mempunyai kira-kira 300,000 ahli sebahagian besarnya pelajar-pelajar sekolah, PBSM masih memerlukan tenaga sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Menurut beliau, terdapat ahli-ahli PBSM yang memilih kerjaya dalam bidang perubatan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan sebagainya di mana khidmat bakti mereka amat dialu-alukan.

“Selain bidang- bidang yang boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan ketika melakukan kerja-kerja sukarelawan di lokasi bencana dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas Kempen Derma Darah anjuran PBSM Daerah Pontian di Dewan UMNO Pontian, di sini, baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Pelancaran Sambutan Ulang tahun ke- 75 tahun PBSM, kelmarin menyatakan kerajaan sentiasa menghargai peranan sukarelawan yang sanggup meri­sikokan diri sendiri dalam usaha menyampaikan bantuan dan kerja menyelamat sama ada di dalam dan luar negara.

Kata Anwar, semangat yang ada dalam diri sukarelawan itu juga selaras dengan salah satu tonggak konsep Madani iaitu ihsan yang mementingkan sifat kemanusiaan sejagat tanpa mengira perkauman sempit.

Mohd. Rashidi menambah, PBSM Kebangsaan menghargai pengiktirafan yang diberikan kepada tenaga sukarelawan termasuk dalam kalangan ahli PBSM yang sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa.

“Penghargaan akan membangkitkan semangat para sukarelawan untuk terus mejalankan khidmat bakti mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan demi menyelamatkan mangsa,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi PBSM Negeri Johor berkata, pihaknya turut menyediakan para kaunselor bagi membantu keluarga yang terkesan akibat pendemik Covid-19 yang me­landa negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×