PETALING JAYA: Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan UMNO kini sudah cukup matang dalam mendepani liku liku perjuangan dalam membela agama, bangsa dan negara.
Ketua Puterinya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, UMNO sudah melalui pelbagai fasa sama ada zaman berkuasa penuh, tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan sekali lagi tewas pada PRU15.
Namun, katanya, ia bukan alasan untuk parti itu tidak memainkan peranan selaku parti berpengalaman dalam membela rakyat.
“Pengalaman itu lah yang amat diperlukan bagi memastikan kestabilan politik terus terjamin. Ini terbukti apabila parti kita diperlukan bagi menamatkan polemik politik pasca PRU15 baru ini.
“Parti yang mendukung raja berpelembagaan, patuh pada titah Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan.
“Insya-Allah kita akan terus berjuang, bina bersama demi rakyat demi negara. Selamat Menyambut Hari Ulang tahun UMNO yang ke 77 tahun, katanya. –utusan










