3,000 bakal jemaah haji Selangor terima bantuan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

3,000 bakal jemaah haji Selangor terima bantuan kerajaan negeri

Jemaah haji Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 3,000 jemaah bakal haji tahun ini yang memerlukan terutama dalam kalangan B40 dan M40 bakal menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa dengan jumlah keseluruhan RM1.653 juta melalui Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan tersebut diberikan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) kepada pemohon yang menepati syarat kelayakan.

“Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan berikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembab bibir.

“Keseluruhan program ini akan diperuntukkan sebanyak RM1,653,000, dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei 2023 hingga 25 Ogos 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, bagi memudahkan proses pendaftaran, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan akan diselaraskan oleh MBI.

“Para jemaah yang layak memohon semestinya berwarganegara Malaysia dan melampirkan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm 

“Saya mengharapkan bahawa usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya