11 termasuk tiga warga asing ceroboh tanah rizab - Utusan Malaysia

11 termasuk tiga warga asing ceroboh tanah rizab

Tanah rizab
PEMBUANGAN sampah pukal dekat tebing sungai antara aktiviti haram dilakukan penceroboh Tanah Rizab Sungai Klang sejak September tahun lalu dekat Seksyen 36, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 11 lelaki termasuk tiga warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pencerobohan Tanah Rizab Sungai Klang sejak September tahun lalu.

Terdahulu, mereka ditangkap pada 9 Mei lalu oleh sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi serbuan dekat sebuah tapak dekat Seksyen 36, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, terdapat aktiviti haram di jalankan dalam pencerobohan tersebut seperti pembuangan dan penambakan sampah serta sisa pepejal, pengorekan pasir sungai dan tanah.

“Serbuan dilakukan di Tanah Rizab Sungai Klang, Seksyen 36 dan menangkap seramai 11 orang lelaki lapan warga tempatan, dua warga China dan seorang warga Indonesia.

“Serbuan tersebut turut merampas sebanyak empat buah lori pembawa tong roll-in roll-off (roro) dan tiga trak pikap,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, kesemua suspek bekerja sebagai kontraktor di sana di bawah syarikat berbeza, namun mengenali antara satu sama lain.

Justeru, Mohd. Iqbal memaklumkan kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) kerana menceroboh dan diarahkan dituduh di mahkamah oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor.

Tiga suspek warga asing itu turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 selepas seorang daripadanya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa di negara ini dan dua lagi pula di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 447 KK boleh di penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000.00 atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959, ketiga-tiga suspek berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta tambahan hukuman sebat bagi kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya