YGMB perkasa isu penjagaan kesihatan, perundangan guru - Utusan Malaysia

YGMB perkasa isu penjagaan kesihatan, perundangan guru

LZS
AMINUDDIN Adam (kanan) menyerahkan cek bernilai RM120,737.76 kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Abdul Rahman Abdullah pada Majlis Iftar bersama Muzakki dan penyerahan Zakat Ramadan (IMTIYAZ) 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) komited memperkasakan kebajikan guru di seluruh negara terutama berkaitan aspek penjagaan kesihatan dan perundangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, yayasan ditubuhkan sejak 1994 itu sedang mengenalpasti keperluan utama warga pendidik yang bersesuaian dengan keadaan masa kini merangkumi penjagaan kesihatan perlu diberi tumpuan terutama melibatkan pesakit kronik atau kritikal.

“Sejak akhir ini, kita melihat kes penyakit seperti kanser dan serangan jantung agak kerap sehingga ada yang turut meninggal dunia. 

“Kebanyakkan pesakit pula berusia 35 tahun ke atas dan keperluan seumpama itu yang menjadi fokus utama YGMB untuk tampil membantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat 2023 (Imtiyaz) di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, petang tadi.

Terdahulu, Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam menyerahkan zakat perniagaan yayasan itu yang berjumlah RM120,737 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jelas Wan Munadi, aspek perundangan turut menjadi fokus utama pihaknya ketika ini dan  sentiasa menggerakkan usaha menemui lebih 500,000 warga pendidik di 10,000 sekolah biarpun mengakui kesukarannya.

YGMB
WAN MUNADI WAN MAMAT

“Para guru kini juga berdepan banyak tindakan undang-undang seperti disaman atau sebagainya. Oleh itu, kita YGMB sememangnya ada menyediakan khidmat bantuan guaman bagi membantu golongan berkenaan.

“Namun, kami akan cuba sebaik mungkin dengan turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi pelbagai program dan kaedah. Yayasan yang mempunyai lebih 130,000 ahli setakat ini amat menggalakan penyertaan lebih banyak guru sekali gus meningkatkan lagi profesionalisme golongan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Munadi berkata, pemberian zakat berkenaan berdasarkan sebahagian hasil keuntungan usaha niaga lima anak syarikat yayasan itu di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya