UMW Aerospace menang kontrak Rolls-Royce

UMW Aerospace menang kontrak Rolls-Royce

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kejayaan UMW Aerospace memenangi kontrak daripada Rolls-Royce.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMW Aerospace Sdn. Bhd., syarikat milik penuh dalam Kumpulan UMW, telah memenangi kontrak daripada Rolls-Royce Plc (Rolls-Royce) bagi membekalkan bahagian belakang selongsong kipas (rear case) untuk enjin pesawat
Trent 1000 dan Trent 7000.

UMW Aerospace akan melabur lebih kurang RM65 juta untuk membangunkan kilang pemprosesan kimia (chemical milling) dan proses berkaitan yang lain untuk mengeluarkan rear case di kilang pembuatan mereka di UMW High Value
Manufacturing Park di Serendah.

Pada masa ini, rear case tersebut diimport dari luar negara dan dipasang menjadi selongsong kipas yang lengkap.

Pengumuman kontrak itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa lawatan kerja beliau ke UMW Aerospace.

Tengku Zafrul berkata, pengumuman oleh UMW Aerospace bahawa ia telah memperoleh kontrak untuk mengeluarkan rear case untuk enjin pesawat Rolls-Royce Trent 1000 dan Trent 7000 adalah bukti bahawa syarikat multinasional yang
ditubuhkan mengiktiraf landskap perindustrian yang dianggap stabil dan kondusif untuk rantaian bekalan global mereka.

“Tahniah diucapkan kepada UMW Aerospace kerana memperoleh kontrak besar yang kedua daripada Rolls-Royce dalam tempoh lapan tahun.

“Melalui kontrak ini juga, UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang telah membangunkan kilang pemprosesan kimia (“chemical milling”) untuk industri aeroangkasa, yang akan mengukuhkan ekosistem aeroangkasa,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kontrak itu juga selaras dengan inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) kerajaan yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dimana bidang aeroangkasa adalah salah satu daripada lima sektor utama untuk meningkatkan profil perindustrian di Malaysia.

Di samping itu, memudahkan pemindahan pengetahuan, menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Ia juga mencapai objektif utama di bawah Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 untuk mengukuhkan industri aeroangkasa negara dan meningkatkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global,” tambah beliau

Presiden Rolls-Royce Asia Tenggara, Pasifik & Korea Selatan, Dr. Bicky Bhangu pula berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan UMW Aerospace di Malaysia, satu pasaran di mana syarikat itu aktif selama lebih 60 tahun.

Kata beliau, sokongan berterusan Kerajaan Malaysia terhadap sektor aeroangkasa adalah sangat baik dan syarikat berbangga untuk memainkan peranan dalam menyokong pembangunan berkaitan.

“Kami terus berpegang kepada negara yang berpotensi besar, bukan sahaja dalam industri aeroangkasa, tetapi juga keupayaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih luas dan menyumbang secara positif kepada rantau Asia
Tenggara secara keseluruhannya,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali pula berkata, UMW Aerospace dianugerahkan kontrak itu oleh Rolls-Royce selepas proses pembidaan yang teliti.

Katanya, komitmen UMW Aerospace terhadap kualiti dan kecemerlangannya telah membawa kepada pelbagai pengiktirafan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ia menerima anugerah “Trusted to Deliver Excellence” daripada Rolls-Royce pada tahun 2018. UMW Aerospace telah termasuk dalam senarai ”2021 Cohort of Rolls-Royce High Performing Supplier Group (HPSG)”, yang mewakili 5 peratus
pembekal teratas global Rolls-Royce dan telah berjaya mengekalkan kedudukannya dalam senarai (2022, 2023 Cohort of HPSG),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN