TPM puji Perlis yang berusaha jalinkan kerjasama erat dengan pusat - Utusan Malaysia

TPM puji Perlis yang berusaha jalinkan kerjasama erat dengan pusat

AHMAD Zahid Hamidi (empat dari kiri) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Empat, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memuji kerajaan negeri Perlis yang berusaha untuk menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan Persekutuan menerusi agensi dan kementeriannya sentiasa mahu menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana kerajaan negeri memandangkan fokus kepada rakyat seharusnya diberi keutamaan.

Ujar Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) itu, mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan platform majlis mahu pun mesyuarat bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan menjadikannya sebagai bahan kempen atau ceramah berbentuk penghinaan.

“Maka kita khuatir tindakan sebegitu akan menjadikan perjalanan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan terencat.

“Bagaimanapun, saya puji di Perlis keadaan sebegitu tidak berlaku,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Empat, di sini, hari ini.

.Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid meraikan seramai 150 orang anak yatim terpilih dari seluruh negeri ini.

Beliau juga menyampaikan sumbangan berupa kit Peralatan Quick Win kepada 60 peserta kemahiran.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebanyak lapan maahad tahfiz di seluruh negara ini telah dijadikan anak angkat KKDW bagi menjalani pendidikan Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) di institusi pengajian tersebut.

Ujarnya, usaha itu adalah bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar maahad tahfiz berkenaan untuk terlibat dalam bidang kemahiran yang mempunyai potensi besar.

“Walaupun pelajar itu datang dari maahad tahfiz namun mereka boleh berjaya dalam bidang ini jika diberi peluang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya