PETALING JAYA: Tiga sahabat karib berjaya mencapai impian untuk memulakan perniagaan dan membantu ramai individu menambah pendapatan menerusi penjualan madu.
Walaupun dikategorikan masih mentah dan tiada pengalaman yang cukup, Nik Afiq Muhaimin Sarmidi bersama Muhammad Kamal Azmi Mohd Rasdin dan Ahmad Najib Ismail tekad menjual madu dengan modal permulaan kecil.
Kata Nik Afiq Muhaimin, idea tersebut bermula selepas melihat potensi madu dalam aspek kesihatan dan dalam masa yang sama membantu rakan menambah pendapatan terutama bagi mereka yang masih terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.
“Sehingga kini kami memiliki 10 stokis termasuk di ibu negara, Kelantan, Terengganu dan Selangor.
“Kami menjual madu dengan jenama Madoo Bee dengan dihasilkan menerusi kombinasi tiga bahan utama antaranya madu lebah, bawang putih dan lemon,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Nik Afiq Muhaimin, dia meletakkan sasaran untuk memasarkan 150,000 unit produk pada tahun ini menerusi pelbagai platform.
“Kami menyasarkan untuk memiliki stokis dan ejen di seluruh negara. Peluang ini terbuka kepada orang ramai yang berminat menjadi usahawan.
“Madoo Bee akan membantu usahawan dalam memasarkan produk dengan bimbingan secara bersemuka dan menerusi dalam talian,” katanya. – UTUSAN










