Tidak semua sakit boleh berbuka puasa - PMWP

Tidak semua sakit boleh berbuka puasa – PMWP

BAGI sakit yang boleh memudaratkan nyawa mereka wajib berbuka kerana dikhuatiri membawa kepada kebinasaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tidak semua sakit dibenarkan berbuka puasa melainkan ia mendatangkan mudarat dan kesakitannya itu akan bertambah teruk jika diteruskan berpuasa.

Itu penjelasan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengenai had sakit yang dibenarkan untuk berbuka puasa.

PMWP menerusi artikel di laman sesawangnya berkata, jika dengan berpuasa boleh memberi mudarat terhadap pesakit atau membawa kematian, maka  berbuka puasa baginya adalah wajib.

“Jika sakit tersebut hanyalah sakit yang ringan dan tidak memberi kesan besar terhadap pesakit sekiranya berpuasa, maka dia diwajibkan berpuasa dan tidak harus baginya untuk berbuka.

“Bagaimanapun, pendapat doktor wajib dijadikan sebagai pemberat sama ada perlu berbuka puasa atau tidak,” katanya.

Katanya, terdapat tiga kategori sakit yang perlu diambil kira iaitu sakit yang menjadi semakin teruk sekiranya berpuasa, sakit yang boleh memudaratkan nyawa dan sakit ringan.

Jelasnya lagi, bagi kategori sakit yang menjadi semakin teruk sekiranya berpuasa, mereka ini diharuskan berbuka puasa, manakala sakit yang boleh memudaratkan nyawa pula, mereka wajib berbuka kerana dikhuatiri boleh membawa kepada kebinasaan, musibah dan kegagalan fungsi organ badan.

“Namun, bagi sakit ringan seperti selsema, sakit kepala ringan, sakit gigi dan seumpamanya, maka diharamkan baginya berbuka puasa menurut pendapat mazhab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.