Pesta Muzik Semburan Air buka ruang pergaulan bebas – Mufti

Pesta Muzik Semburan Air buka ruang pergaulan bebas, keruntuhan akhlak – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Pesta Muzik Semburan Air (Rain Rave Water Music Festival 2026) tidak wajar dilihat sekadar sebagai acara hiburan atau promosi pelancongan, sebaliknya perlu dinilai secara menyeluruh daripada sudut syarak, akhlak dan kemaslahatan masyarakat.

Menurut Jabatan Mufti Wi­layah Persekutuan dalam Bayan Linnas Siri Ke-351, sebarang pe­nganjuran program yang membuka ruang kepada pergaulan bebas, kelalaian serta keruntuhan akhlak bukan lagi dianggap hiburan ringan, sebaliknya satu isu besar yang memerlukan penilaian berhemah.

Malah, katanya, penganjuran festival berskala besar yang tidak dikawal juga berpotensi membawa pelbagai implikasi negatif termasuk normalisasi dosa, hilang kawalan diri serta pembaziran.

“Dalam keadaan seperti ini, mudarat yang dibimbangi adalah jauh lebih besar berbanding manfaat yang bersifat sementara.

“Justeru, kaedah menutup pintu-pintu kerosakan perlu di­ambil serius dalam menilai se­suatu penganjuran,” katanya.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, konsep festival seperti ‘rave’ yang berasal dari Barat boleh menjejaskan nilai budaya tempatan jika tidak dikawal.

Malah, pengalaman juga mem­buktikan penganjuran kon­sert mega sering disusuli de­ngan insiden tidak diingini termasuk risiko keselamatan dan gangguan ketenteraman awam.

“Pihak berautoriti digesa menilai semula penganjuran acara berkenaan secara menyeluruh bagi memastikan ia tidak membawa lebih banyak mudarat kepada masyarakat.

“Kami menyeru agar peni­lai­an dibuat dengan penuh hik­mah, tanggungjawab dan keinsafan demi memelihara ke­sejahteraan masyarakat serta ge­nerasi muda,” katanya.

Menurut kenyataan sama, Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun ia perlu tertakluk kepada garis panduan syarak serta tidak melalaikan atau menjejaskan nilai moral.

Jelasnya, sekiranya sesuatu hiburan dicemari dengan unsur pergaulan bebas, arak dan perkara yang menjauhkan manusia daripada nilai agama, maka hukumnya boleh berubah menjadi haram.

“Perkara ini perlu dipertimbangkan secara serius kerana terdapat kebimbangan bahawa ia boleh membawa kepada ke­rosakan moral, jati diri dan ta­tasusila masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×