Tidak faham undang-undang cetus persoalan peranan mufti

Tidak faham undang-undang cetus persoalan peranan mufti

AHMAD FAUWAZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertikaian dan timbul persoalan soalan dalam kalangan masyarakat mengenai mengapa mufti tidak mengharamkan dan menutup premis perjudian berpunca daripada ketidakfahaman terhadap prinsip Syariah dan bidang kuasa.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, peranan mufti adalah mengeluarkan fatwa berdasarkan persoalan hukum-hakam dan panduan syarak dengan tidak boleh melebihi bidangnya.

Namun begitu katanya, tidak wujud sebarang khilaf atau perbezaan dalam Islam mengenai hukum judi kerana ia haram secara qat‘i (tetap) berdasarkan nas al-Quran dan sunnah.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan fikah bidang kuasa, mufti mempunyai mizan yang khusus dan tidak boleh melebihi bidangnya,” kata dalam Facebook beliau.

Beliau mengulas pertanyaan segelintir masyarakat mengenai persoalan mengapa mufti tidak mengharamkan dan tidak tutup kedai judi.

Beliau berkata, sebahagian masyarakat dilihat bersikap anti terhadap institusi fatwa dan agensi agama kerana lebih cenderung kepada pendekatan keras, emosional serta budaya caci-maki tanpa memahami kerangka Syariah yang bersifat tersusun dan berperingkat.

“Akliah sebegini Insya-Allah kita akan tashihkan (perbetulkan) sedikit demi sedikit untuk membawa kepada kehidupan tenang dan aman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN