SEREMBAN: Bagi pemilik kucing, mereka tidak melupakan haiwan kesayangan turut memiliki koleksi baju raya yang biasanya dipakai sedondon. Seorang pekerja swasta, Siti Azila Alias, 38, membeli koleksi pertama baju raya untuk dua kucing kesayangannya Momot dan Tora yang juga kucing kurang upaya (KKU). “Tema kami sekeluarga tahun ini hitam, jadi saya belikan baju kebaya untuk Momot yang merupakan kucing betina dan baju Melayu untuk Tora, kedua-duanya warna hitam supaya kami…










