Tanah rizab Melayu di Kedah 721,905.613 hektar

Tanah rizab Melayu di Kedah 721,905.613 hektar

NIK NAZMI NIK AHMAD dan MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah sehingga Januari lalu direkodkan sebanyak 721,905.613 hektar berbanding keluasan asal diwartakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) iaitu 721,496.949 hektar pada tahun 1933.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, dari 1933 hingga 19 Januari lalu juga, jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang dinyah warta pula adalah 4,751.369 hektar sebelum diganti semula seluas 5,160.034 hektar.

“Angka ini menunjukkan berlaku peningkatan keluasan tanah rizab Melayu kira-kira 408 hektar pada 2023 berbanding keluasan 1933. Ini keluasan direkodkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah dan menjadi pegangan kerajaan negeri pada hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Pada 29 Mac lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, keluasan kawasan pewartaan tanah rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021, kepada 716,537.28 hektar tahun lalu.

Muhammad Sanusi mendedahkan data tersebut hasil mesyuarat PTG Kedah semalam, sebagai maklum balas kepada kenyataan Nik Nazmi dalam sidang Parlimen pada hari berkenaan.

“Helo kawan, usaha lebih keras di lain masa dan jangan main-main,” sindirnya dalam hantaran Facebook yang sama.

Dalam ceramah di Kompleks Pas Kedah kelmarin, Menteri Besar menafikan angka tersebut sambil mendakwa soalan berkaitan perkara itu sengaja ‘diset’ bagi memberi gambaran kononnya Kedah adalah negeri paling banyak kehilangan tanah rizab Melayu.

Sementara itu, Nik Nazmi di laman twitternya tetap mempertahankan kenyataannya di Parlimen sebelum ini.

“Kalau dengar jawapan penuh saya di Dewan Rakyat, saya merujuk semua data yang diberikan PTG setiap negeri. Secara keseluruhan tanah rizab Melayu memang meningkat dari 1947 hingga 2022. Penurunan Kedah merujuk kepada data antara 2021 hingga 2022,” katanya.

Beliau turut menyertakan jawapan dibacanya dalam sesi Parlimen tersebut yang secara jelas menyatakan bahawa tanah rizab Melayu di Kedah pada 2021 berkeluasan 721.888.93 hektar dan pada 2022 jumlahnya adalah 716,537.28 hektar.

Di bawah kertas tersebut, dinyatakan sumber daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) 2023. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya