PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan inisiatif khas bagi membantu meringankan beban syarikat pemaju bahan binaan dan peniaga Menu Rahmah dalam pakej berita gembira, Selasa ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerjasama kementerian dengan Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia akan disekalikan dengan pengumuman berkenaan. Justeru, katanya, pengumuman pada minggu depan tidak hanya tertakluk kepada kerjasama kementeriannya semata-mata, tetapi terdapat…










