Setiausaha Akhbar Sanusi lapor polis dakwa portal buat fitnah

Setiausaha Akhbar Sanusi lapor polis dakwa portal buat fitnah

MUHAMAD Mat Yakim (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Kota Setar di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pegawai kanan Menteri Besar membuat laporan polis terhadap sebuah portal yang didakwa memfitnah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi tajuk satu artikel diterbitkan mereka, baru-baru ini. 

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim, beliau berpandangan tajuk digunakan portal tersebut merupakan fitnah dengan tujuan melaga-lagakan Sultan Kedah dengan Muhammad Sanusi. 

Tajuk artikel dimaksudkan itu adalah ‘Gerakan singkir MB Kedah sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Sanusi dakwa Sultan Kedah terlibat?’.

“Sebagai pegawai yang sentiasa ada bersama Menteri Besar setiap kali beliau memberi kenyataan kepada media, saya yakin tidak pernah sekali pun Muhammad Sanusi mendakwa Sultan Kedah terlibat dalam gerakan penyingkiran beliau sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara. 

“Kita semua sedia maklum bahawa hak melantik mana-mana individu sebagai ahli mesyuarat itu adalah kuasa prerogatif sultan. Justeru tajuk yang diterbitkan itu tidak berasas sama sekali. 

“Maka penggunaan tajuk sedemikian bagi saya bersifat menghasut, sangat provokatif serta tidak bertanggungjawab,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini. 

Mengulas lanjut Muhamad berkata, beliau tidak langsung meragui hubungan antara Menteri Besar dengan Sultan Kedah yang disifatkannya dalam keadaan amat baik. 

“Sehubungan itu saya memohon pihak polis menjalankan siasatan kerana tulisan sedemikian boleh membawa tafsiran dan persepsi bahaya kepada kerajaan mahu pun rakyat.

“Tulisan ini juga dilihat mempunyai elemen menghasut serta mencetuskan kebencian orang ramai terhadap Menteri Besar seolah-olah beliau tidak mendapat perkenan Sultan Kedah untuk terus berkhidmat memimpin kerajaan negeri,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya