Serangan siber: JIM jangka laman web pulih petang ini

Serangan siber: JIM jangka laman web pulih petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan laman web rasmi mereka diserang oleh penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’ pada pukul 2 pagi, hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan siber berbentuk defacement itu mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej lain.

Menurut beliau, bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden tersebut.

“JIM mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian laman web dari akses orang ramai dan melakukan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.

“Bahagian Teknologi Maklumat jabatan ini mengadakan perbincangan dan kerjasama bersama pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity bagi membantu JIM untuk tindakan pengukuhan laman web,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, laman web JIM dijangka pulih dan boleh diakses semula oleh orang ramai dalam masa terdekat pada petang ini.

Beliau turut menegaskan tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku serta menasihati orang ramai supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya