BUKIT MERTAJAM: “Kali terakhir saya bertemu arwah pada 2 Mac lalu ketika menghantarnya ke kem sebelum bertolak ke lokasi operasi,” kata isteri kepada anggota tentera, Koperal Mohammad Nasri Mohd. Nasib yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Royal Belum, Perak. Nurhayatul Husna Abdul Muttalib,30, berkata, dia memohon izin suaminya untuk pulang ke Sungai Petani, Kedah bersama dua anak mereka untuk menyambut Aidilfitri kali ini. “Memandangkan arwah tidak…










