Sekolah persendirian dapat RM250,000; tahfiz hanya RM117,500?

Sekolah persendirian dapat RM250,000; tahfiz hanya RM117,500?

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan perlu menyemak semula kadar peruntukan purata sekolah menengah persendirian cina (SMPC) untuk diseragamkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan bakinya perlu diberikan kepada sekolah menengah aliran kebangsaan yang secara jelas untuk semua kaum serta berpaksikan silibus kebangsaan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ini susulan pengumuman terbaharu berkenaan kelulusan peruntukan sebanyak RM15.75 juta bagi SMPC dan RM150 juta kepada sekolah tahfiz serta institusi pondok.

Beliau berkata, jika dilihat secara terperinci, agihan peruntukan itu telah membangkitkan persoalan daripada segi purata jumlah peruntukan yang diberikan.

“Sebagai contoh RM150 juta diperuntukkan bagi 1,276 buah sekolah (institusi sekolah agama berdaftar) yang membawa maksud setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 berbanding RM15.75 juta bagi 63 buah SMPC, satu sekolah mendapat RM250,000.

“Selain itu, kedudukan institusi sekolah agama (SA) dan SMPC adalah tidak sama di sisi Perlembagaan, yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukannya Kementerian Pendidikan, di mana ia menunjukkan punca kuasa kewujudan institusi tersebut di bawah peruntukan Perlembagaan.

“Maka apakah kriteria penentuan jumlah peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan SMPC? Berdasarkan kriteria apakah jumlahnya ditentukan? Jika penentuan peruntukan oleh kerajaan adalah mengikut purata bilangan sekolah, Pemuda UMNO menggesa agar kerajaan menyemak semula kadar peruntukan purata SMPC untuk diseragamkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 20 April lalu, media melaporkan, kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 SMPC di seluruh negara.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000 yang akan diberikan dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, dengan majlis penyerahan rasmi pada 5 Mei ini.

Tambah Muhamad Akmal, jika alasan peruntukan diberikan kepada SMPC atas faktor kekurangan dana, maka pihaknya mencadangkan agar mana-mana SMPC yang tidak mampu untuk menjalankan operasi diserapkan ke dalam aliran kebangsaan.

“Saya percaya lebih banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan dana daripada SMPC yang kita semua sedia maklum dibiayai secara persendirian oleh pihak swasta tanpa memerlukan dukungan kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya