Sasaran produktivi 25-23 tingkat ekonomi peneroka - Utusan Malaysia

Sasaran produktivi 25-23 tingkat ekonomi peneroka

IZHAM Mustaffa (dua kanan) menyampaikan replika cek Anugerah Kelab 30MT bernilai RM10,000 kepada pengurusan Felda Kota Gelanggi 3, peringkat 5 sempena Hari Produktiviti dan Kualiti Perladangan Wilayah Jengka di Felda Jengka Satu. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melaksanakan inisiatif Ladang Lestari 25-23 sebagai strategi meningkatkan pendapatan peneroka menjelang 2025.

Timbalan Pengarah Besar (Operasi) Felda, Izham Mustaffa berkata, berdasarkan inisiatif itu sasaran produktiviti ladang peneroka bagi buah tandan segar (BTS) sebanyak 25 tan sehektar setahun serta kadar perahan minyak (OER) setinggi 23 peratus.

Beliau berkata, kejayaan mencapai target membolehkan peneroka memperoleh purata pendapatan boleh guna RM5,000 sebulan berbanding sekarang RM2,940 sebulan.

“Sasaran itu boleh dicapai melalui komitmen dan gerak kerja bersepadu yang bermula di peringkat ladang dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil dan kilang memproses BTS. Ini dibuktikan sudah ada peneroka Felda sudah mencapai tuaian BTS sebanyak 30 tan dan OER melebihi 21 peratus,” katanya selepas merasmikan Hari Produktiviti dan Kualiti Perladangan Felda 2022 Peringkat Wilayah Jengka di Felda Jengka 1, hari ini.

Hadir sama Pengarah Felda Wilayah Jengka, Mohd Termizi Lee; Pengerusi Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar dan Ketua Kampung Felda Jengka 1, Abdullah Ani.

Tegas beliau, seramai 112,638 peneroka terutama lebih 90,000 peneroka bersama Felda perlu beriltizam meningkat produktiviti dan kualiti sektor perladangan.

Beliau berkata, strategi penuaian hasil pula akan memfokuskan kepada pengurangan ketirisan hasil di ladang, memastikan hasil kebun peneroka dihantar ke kilang Felda dan mengekalkan pematuhan minyak sawit mampan Malaysia (MSPO).

Tegas beliau, penuaian buah tandan segar muda perlu dielakkan sama sekali di peringkat ladang sebelum di hantar ke kilang kerana boleh dikenakan penalti dan menjejaskan kadar perahan minyak.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, kadar produktiviti BTS peneroka Felda seluruh negara direkodkan sebanyak 17 tan sehektar tahun 2021, meningkat 19 tan sehektar pada 2022 dan 21 tan sehektar sehingga April 2023.

Beliau berkata, usaha keras peningkatan produktiviti dan kualiti secara langsung dapat meningkatkan pendapatan peneroka dan mengukuhkan mobiliti sosial warga Felda.

“Pendapatan tinggi membolehkan warga Felda keluar dari status sosial golongan penerima kepada penyumbang wakaf Felda untuk dimanfaatkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, wakaf Felda telah membuktikan warga Felda berjaya meletakkan imej duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain.

Sementara itu Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19 dan Masjid Jamek Felda 1 diumumkan juara dan naib juara Masjid Contoh Felda Wilayah Jengka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya