Ronald Kiandee dakwa MPT Bersatu tidak lagi sah, tergantung

Ronald Kiandee dakwa MPT Bersatu tidak lagi sah, tergantung

bersatu
RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang digantung, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu kini berkemungkinan besar tidak lagi sah dan berada dalam keadaan tergantung daripada sudut pentadbiran.

Dakwaan itu dibuat susulan tindakan beberapa Ahli MPT yang meletakkan jawatan baru-baru ini, sekali gus mencetuskan persoalan besar sama ada badan tertinggi parti berkenaan masih mempunyai korum yang mencukupi untuk berfungsi secara sah mengikut perlembagaan parti.

Ronald yang kini digantung keahlian selama dua penggal sejak Mac lalu menggesa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat segera bagi menilai kedudukan semasa Bersatu dalam gabungan tersebut.

Katanya, kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa krisis berkenaan akan diselesaikan secara dalaman, langsung tidak menjawab isu paling asas itu.

“Kegagalan membuktikan syarat korum masih dipenuhi akan menimbulkan persoalan serius terhadap kesahihan setiap keputusan yang dibuat oleh MPT.

“Apabila korum tidak lagi mencukupi, Bersatu berdepan risiko berada dalam keadaan tergantung daripada sudut pentadbiran, sekali gus tidak mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang sah menurut Perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, peletakan jawatan beberapa AMPT merupakan manifestasi jelas bahawa Presiden Bersatu gagal menguruskan krisis dalaman sehingga kehilangan keyakinan sebahagian besar ahli MPT yang dipimpinnya.

Jelasnya, kemelut yang berlarutan itu bukan sahaja memalukan Bersatu malah dan memberi amaran bahawa ia mungkin hanya boleh diselesaikan melalui campur tangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Majlis Tertinggi PN bermesyuarat dengan kadar segera bagi menilai kedudukan semasa Bersatu dalam gabungan berkenaan serta mempertimbangkan langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan, kredibiliti dan kesiapsiagaan PN tidak terjejas akibat krisis dalaman parti komponen.

“Kepentingan PN sebagai sebuah gabungan politik perlu mengatasi kepentingan mana-mana individu kerana krisis yang berlarutan tanpa penyelesaian hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kemampuan gabungan itu menawarkan kepimpinan yang stabil, berintegriti dan berwibawa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN