Santapan makan laut tambat hati - Utusan Malaysia

Santapan makan laut tambat hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menu berbuka puasa adalah antara perkara penting yang sering kali menjadi perbincangan harian. Di mana dan harganya adalah antara kriteria utama sebelum membuat keputusan.

Bagi peminat makanan laut segar seperti udang kara, tiram, udang dan salmon, Meet & Dine adalah pilihan tepat selain menyajikan 280 juadah berbuka puasa lain.

Selain hidangan Seafood On Ice, bakal membuka selera anda tentu saja nasi bukhara dan kambing panggang lazat diadun enak dengan pelbagai rempah.

Sempena Ramadan kali ini, restoran berlokasi di Budiman Business Park Sungai Long ini bertemakan East Meet West – ‘Seribu Rasa Ramadan’, yang mengutamakan keenakan serta hidangan terbaik sejak beroperasi sejak lima tahun lalu.

Pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim berkata, selain juadah enak, mereka turut mengutamakan pengalaman penuh bermakna kerana mahu pelanggan pulang dengan rasa senang hati.

“Pada harga RM138 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak serta warga emas, restoran ini turut menghidangkan pelbagai menu istimewa antaranya nasi itik claypot, masak lemak daging salai, gulai kawah, udang mentega dan banyak lagi.

“Kepada pelanggan yang mahukan detik peribadi dalam suasana privasi, Meet & Dine juga mempunyai ruang bertutup yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 20 orang mengikut permintaan dan tempahan awal,” katanya.

Bukan sahaja juara juadah lazat, bahkan restoran itu turut tampil dengan dekorasi memukau serta serba cosy, sesuai untuk dijadikan tempat OOTD usai perut kenyang selepas berbuka.

Hanya 10 minit daripada exit Lebuhraya Cheras-Kajang, restoran yang beroperasi sejak 2018 itu turut menyediakan kemudahan pakir secara percuma dan surau, sekali gus memudahkan pengunjung.

Malah andai aras atas khas buat penggemar bufet, pelanggan yang ingin menikmati hidangan untuk iftar secara ala carte juga dialu-alukan ke restoran berkonsepkan dekorasi semi fine dining ini.

Bagi mereka ingin membuat tempahan boleh hubungi 03-87339929 atau 017-3559422.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN