PRN: Mesyuarat pertama PH, UMNO Pulau Pinang minggu depan - Utusan Malaysia

PRN: Mesyuarat pertama PH, UMNO Pulau Pinang minggu depan

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan berunding dengan UMNO negeri buat kali pertama pada minggu depan untuk membincangkan soal agihan kerusi serta isu-isu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada UMNO untuk mengadakan perjumpaan berhubung persediaan untuk berdepan PRN.

”PH akan mengadakan perjumpaan pada minggu ini, kemudian perjumpaan dengan UMNO akan diadakan dalam minggu depan, namun lokasinya belum ditentukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada PRU-15, enam negeri iaitu Kedah; Pulau Pinang; Selangor; Negeri Sembilan; Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH memenangi 37 kerusi, termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.

Sementara itu, BN menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala Pas mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, perjumpaan berkenaan hanya akan berlangsung dengan pemimpin UMNO, bukannya dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

”Perjumpaan ini tidak melibatkan parti komponen BN lain kerana kita hanya terima permohonan mesyuarat daripada UMNO Pulau Pinang sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.