Perdana Menteri terlibat dalam tatacara pengampunan diraja - Utusan Malaysia

Perdana Menteri terlibat dalam tatacara pengampunan diraja

Pengampunan
ANWAR Ibrahim bertemu penduduk Kampung Baru Hicom selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sesiapa pun termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  boleh mengemukakan permohonan mendapatkan pengampunan diraja, namun keputusan tersebut hanya diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau juga antara antara individu yang terlibat dalam tatacara pengampunan diraja atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.

“Proses itu dibenarkan kepada sesiapa, Jadi hal ini boleh dibawa (oleh sesiapa).

“Tentunya, mereka perlu mematuhi peraturan yang mana, saya akan ada dalam proses tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K), hari ini. 

Terdahulu, anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhasrat mengemukakan permohonan pengampunan diraja terhadap Najib Razak yang juga bekas presiden parti itu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pada itu, Anwar bagaimanapun memaklumkan enggan mengulas perkara tersebut kerana tidak mahu membawa perbahasan isu pengampunan dalam konteks awam.

“Saya tidak boleh beri komen lanjut kerana belum lihat lagi permohonan yang diminta. Saya baru lihat resolusi yang UMNO hendak bawa tetapi saya tegaskan, hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh beri pengampunan penuh,” jelasnya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini memaklumkan permohonan itu dibuat selepas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli berkata Najib Razak dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya