Penjawat awam Kedah dapat duit raya RM1,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Kedah dapat duit raya RM1,000

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 5,100 penjawat awam negeri ini akan menerima Bantuan Khas sebanyak RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini yang akan dibayar pada 18 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengumumkan berita gembira itu berkata, keputusan berkenaan dibuat pada Mesyuarat Mingguan Exco hari ini.

“Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri ini kita meluluskan sebanyak RM1,000 seorang melibatkan peruntukan RM5.1 juta untuk 5,100 penjawat awam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, kerajaan negeri turut menjenamakan semula pelantikan ketua kampung yang kini dikenali sebagai Majlis Ketua Kampung (MKK).

“Pelantikan ketua kampung ini dinamakan sebagai Majlis Ketua Kampung (MKK) untuk menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang berada di bawah Kementerian Luar Bandar sebelum ini.

“Pelantikan ini akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM13.8 juta untuk bayaran elaun kepada mereka,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN