Pengusaha pelita resah, jualan baru 60 unit

Pengusaha pelita resah, jualan baru 60 unit

SITI Abibi Rashid menunjukkan pelita buluh yang dijualnya di Kampung Membantu, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengusaha pelita buluh dari Kampung Membantu di sini, resah apabila jualan barangan itu baru mencecah 60 unit meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Aidilfitri.

Siti Abibi Rasid, 40, berkata, peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh orang ramai ketika ini menyebabkan mereka mengambil pendekatan berbe­lanja secara berhemah.

Menurutnya, perkara tersebut diakui sendiri oleh pelanggan yang pernah membuat belian pelita buluh sebelum ini apabila wang mereka banyak digunakan untuk membuat persiapan persekolahan anak dan menyambut Ramadan selain diuji dengan musibah banjir.

“Pelita ini saya jual dengan harga RM30 untuk satu unit dan RM50 bagi duit unit namun ia tetap gagal mendapat perhatian dalam kalangan pelanggan.madan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Siti Abibi memberitahu, ke­sempatan ruang yang ada ini akan dimanfaatkan sebaik untuk bagi merancakkan jualan pelita buluh sekali gus mendapatkan semula pulangan modal.

Katanya, sepanjang tahun lalu dia dan suami berjaya menjual lebih 1,000 unit pelita buluh.

“Untuk kali ini, kami tampil dengan rekaan yang lebih menarik iaitu pelita buluh bertingkat.

“Menariknya, pelita buluh rekaan suami boleh dicabut sekali gus mudah untuk dibawa pulang ke kampung halaman ma­sing-masing,” ujarnya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN