Pendapatan bulanan RM5,000 boleh mohon Rumah Mesra Rakyat

Pendapatan bulanan RM5,000 boleh mohon Rumah Mesra Rakyat

NGA Kor Ming ketika Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci RMR 2023 di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kriteria utama bagi pendapatan bulanan seisi rumah yang layak untuk menjadi pemohon di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000 untuk membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, baru-baru ini, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) turut memperkenalkan enam reka bentuk baharu untuk RMR 2023, di mana pemohon boleh memilih reka bentuk bersesuaian dengan tanah atau tapak yang dimiliki.

“Sejak saya bertugas sebagai menteri di sini, iaitu selama empat bulan, SPNB telah pun menyiapkan 2,367 unit rumah. Pencapaian ini amat membanggakan. Jadi saya yakin SPNB akan terus menjayakan program-program yang dirancang.

“Dengan pengekalan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah RMR, kerajaan sehingga kini memperuntukkan jumlah subsidi berjumlah sebanyak RM85 juta untuk penyiapan 4,250 buah unit RMR,” katanya ketika berucap sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci RMR 2023 di sini hari ini.

Jelasnya, sejak tahun 2002 sehingga Mac lalu, usaha pembinaan RMR dipergiat dan SPNB berjaya menyiapkan sebanyak 56,002 unit di seluruh negara, manakala 5,007 unit masih lagi dalam pembinaan dan 794 unit berada di peringkat perancangan.

Kor Ming berkata, SPNB menyasarkan untuk menyiapkan sebanyak 16,000 unit rumah pada hujung tahun ini sekali gus melepasi sasaran RMK 12 iaitu sebanyak 15,000 unit iaitu dua tahun lebih awal dari yang dijadualkan.

“Walaupun negara berhadapan dengan peningkatan harga barang asas binaan yang tidak menentu, beberapa langkah proaktif diambil untuk memastikan harga sebuah unit RMR yang perlu dibayar oleh pemilik akan terus kekal seperti sebelum ini.

“Langkah ini juga diambil bagi memastikan pemohon yang baharu tidak terbeban dari segi kewangan dalam masa negara sedang mengharungi isu kenaikan harga barangan yang sedang melanda seluruh dunia,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Kor Ming turut menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima program RMR bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya