Pemandu gagal keluar kenderaan selepas kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu gagal keluar kenderaan selepas kemalangan

SEORANG lelaki bertubuh gempal tidak dapat mengeluarkan diri selepas kenderaan dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik di Lebuhraya Pasir Gudang, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki bertubuh gempal tidak dapat keluar daripada tempat duduk pemandu setelah kenderaannya terlibat kemalangan di Kilometer 23.2 Lebuhraya Pasir Gudang di sini malam semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Yusri Atan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.10 malam.

Sehubungan itu katanya, seramai enam anggota berserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Lancer terbabas dan merempuh sebatang tiang elektrik di bahu jalan.

“Pemandunya tidak tersepit namun gagal mengeluarkan diri disebabkan saiz badannya yang besar. Oleh itu, anggota bertindak membantu mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Yusri, operasi menyelamat itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 8.53 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN