Pas Selangor didakwa fitnah isu tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

Pas Selangor didakwa fitnah isu tanah rizab Melayu

JUWAIRIYA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang menyatakan keluasan tanah rizab Melayu di Selangor menurun sejak 2019.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati itu, keluasan tanah rizab Melayu bukan berkurang, sebaliknya bertambah sejak Pas tidak lagi bersama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU-14).

“Pada 2013, rekod tanah rizab tersebut adalah seluas 16,0233.86 hektar. Sejak PAS tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan tanah rizab Melayu negeri ini meningkat secara strategik kepada 16,2657.71 hektar (2019) dan 16,3138.25 hektar (2021).

“Ini bermaksud keluasan tersebut di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) Selangor meningkat sebanyak 2,904.38 hektar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan dan Ulu Semenyih, Hulu Langat; Kundang, Kuala Langat; Selayang Pindah, Gombak dan Bukit Cerakah, Petaling,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Yunus dilaporkan menyatakan tanah rizab Melayu Selangor turun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar sejak partinya keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.

Malah, Ahli Parlimen Kuala Langat itu mendakwa, keluasan tanah tersebut mencatatkan peningkatan pada era Pakatan Rakyat (PR) iaitu ketika Pas bersama dalam kerajaan negeri.

Jelas Ahmad Yunus, sebelum itu, tanah rizab Melayu pada 1997 mencatatkan keluasan 170,940 hektar sebelum berkurangan dalam tempoh 22 tahun kemudian.

Dalam pada itu, Juwairiya menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan tanah rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

“PAS wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. PAS harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.