ALOR SETAR: UMNO Kedah berpandangan ‘persengketaan’ antara Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya berlaku walaupun kedua-dua kerajaan tersebut ditadbir parti yang berbeza. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat cara yang lebih baik sekiranya kerajaan negeri memerlukan sesuatu termasuk sebarang kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan berbanding apa yang berlaku ketika ini. Katanya, selaku bekas Menteri Besar Kedah, beliau tahu terdapat…