Mohd. Amran Mat Zain dilantik Ketua Hakim Syarie

Mohd. Amran Mat Zain dilantik Ketua Hakim Syarie

MOHD. Na'im Mokhtar (kiri) menyerahkan nota serah tugas kepada Mohd. Amran Mat Zain (kanan) pada Majlis Iftar Jama'ie Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) di JKSM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Amran Mat Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Mohd. Amran berpengalaman selama 29 tahun dalam skim perkhidmatan pegawai syariah apabila mula menyertai perkhidmatan awam sejak tahun 1994.

Katanya, beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Syariah di Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan, selain pernah bertugas sebagai Pendaftar di JKSM dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Sebelum ini beliau juga diberikan amanah sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Jawatan terakhir beliau di JKSM sebagai Hakim Mahkamah Rayuan,” katanya ketika mengumumkan pelantikan itu pada majlis iftar jama’ie Persatuan Pegawai Syariah Malaysia bersama anak-anak yatim dan orang kelainan upaya di sini hari ini.

Mohd. Amran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang LLM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada masa sama, beliau turut memiliki Diploma Lepasan Ijazah (Pentadbiran dan Perundangan Islam), UIAM.

Mohd. Na’im berkata, sepanjang perkhidmatan, Mohd. Amran turut pernah mengikuti kursus jangka pendek di The Muslim College of London.

Berpandukan kepada pengalaman luas serta kelayakan yang dimiliki, pihaknya amat yakin dengan kewibawaan beliau untuk menerajui JKSM dalam usaha meneruskan kecemerlangan jabatan.

“Beliau diharap dapat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah,” katanya sebelum menyerahkan nota serah tugas kepada Mohd Amran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya