Proses media kes saman fitnah Mohd Na'im terhadao Papagomo gagal

Mediasi saman fitnah Mohd Na’im terhadap Papagomo gagal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses mediasi kes saman fitnah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, gagal selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan hari ini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd. Naim berkata, mediasi gagal kerana defendan (Papagomo) tidak bersetuju dengan perincian terma dan syarat penyelesaian.

“Kes akan diteruskan dengan perbicaraan penuh pada 21 dan 24 September depan manakala pengurusan kes pada 6 Mac ini untuk kedua-dua pihak memaklumkan sekiranya terdapat penyelesaian,” katanya ditemui pihak media di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Prosiding mediasi itu berlangsung selama sejam di hadapan Hakim Datuk Kenneth Yoong Ken Chinson St. James yang bertindak sebagai pengantara.

Wan Muhammad Azri diwakili peguamnya, Logen Eskandar Abdullah semasa prosiding berkenaan.

Mohd Na’im selaku plaintif memfailkan saman itu pada 19 Oktober 2023 atas mendakwa defendan telah menerbitkan satu hantaran berunsur fitnah terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai ‘Sir Azri’ bertarikh 18 Sept 2023.

Menurutnya dalam hantaran Facebook itu, defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok ‘@nurhafizulbadrulhisham’.

Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah, maka planitif seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.

Beliau mendakwa, kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN