MBSP peruntuk RM450,000 pasang lebih 400 lampu hiasan Aidilfitri - Utusan Malaysia

MBSP peruntuk RM450,000 pasang lebih 400 lampu hiasan Aidilfitri

LEBIH 400 lampu hiasan dipasang oleh MBSP di seluruh Seberang Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan kos sebanyak RM450,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperuntukkan sehingga RM450,000 untuk memasang dua jenis lampu hiasan di seluruh Seberang Perai menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Setiausaha Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid berkata, lampu pertama iaitu jenis ‘pole deco’ dipasang di atas tiang yang disediakan serta lampu-lampu jalan yang berkenaan.

Katanya, untuk lampu jenis itu, sebanyak 149 unit ditempatkan di 15 buah lokasi di daerah Seberang Perai Utara (SPU);136 unit di sembilan lokasi di Seberang Perai Tengah (SPT) serta 136 unit lagi di lapan lokasi berbeza di Seberang Perai Selatan (SPS).

“Sementara itu, lampu hiasan jenis kedua pula iaitu bermotifkan ‘ground deco’ dipasang di tiga lokasi berasingan di ketiga-tiga daerah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pencahayaan Lampu Hiasan Sempena Hari Raya Aidilfitri di Dataran Pemuda Merdeka, di sini malam tadi yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Sempena program itu juga, pemasangan dekorasi Aidilfitri turut dibuat dan dirasmikan untuk mengindahkan serta menambah suasana kemeriahan perayaan tersebut di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya