Marsah dinaik taraf kolej universiti

Marsah dinaik taraf kolej universiti kepada KUIJSI

MARSAH yang terletak di Larkin, Johor Bahru kini dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) kini dinaik taraf dan dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pengiktirafan itu meru­pakan bukti kejayaan sistem pendidikan Islam yang dilaksanakan di negeri ini.

Justeru, nama dan logo baharu institusi pengajian tinggi tersebut sudah boleh digunakan secara rasmi.

“Majlis pemakluman awam akan dibuat tidak lama lagi dan dijangka dilakukan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Serentak dengan itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM15 juta sebagai insentif awal bagi menaik taraf kolej universiti ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mohd. Fared berkata, institusi pengajian tinggi tersebut turut dipilih sebagai sekretariat yang akan menyelia dan menyelaras indeks petunjuk pres­tasi (KPI) ditetapkan kerajaan negeri melalui inisiatif Orang Muda Johor (OMJ).

“Menerusi program itu, kerajaan negeri berhasrat melahirkan 500 imam muda Johor bertauliah, melahirkan 1,200 Huffaz Johor setiap tahun bermula tahun ini dan 50,000 individu khatam al-Quran,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN