MAIS sumbang RM11.3 juta kepada Rumah Pemulihan Riqab

MAIS sumbang RM11.3 juta kepada Rumah Pemulihan Riqab

HASHIM Meon (tengah) menyampaikan sumbangan Geran Pemulihan Riqab kepada 25 buah rumah pemulihan riqab pada Majlis Perasmian Iftar dan Tadarus Perdana Riqab di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan RM11.3 juta kepada 26 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Datuk Hashim Meon pada Majlis Perasmian Iftar dan Tadarus Perdana Riqab MAIS 2023 di Shah Alam, dekat sini, baru-baru ini.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan sebanyak RM11, 348,640 itu melibatkan kos program, pengurusan dan penjagaan Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab.

“Antara PRP yang menerima bantuan ialah Rumah Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-anak Islam Tersisih Selangor (PAKATs), Rumah Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS), Rumah Teduhan Kasih, Rumah Penawar dan Rumah Sahabat.

“MAIS turut menyumbang kepada 1,207 asnaf riqab sebanyak RM306,000 bagi membantu asnaf-asnaf membuat persiapan awal menyambut kedatangan Syawal tak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.”

Ahmad Shahir berkata, sumbangan bertujuan membantu asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya terutama kepada pengusaha RPR bagi membantu rumah yang terlibat menjalankan tanggungjawab sosial mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN