Lembaga Pengampunan tidak bincang petisyen Najib

Lembaga Pengampunan tidak bincang petisyen Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petisyen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap hukuman penjara dan denda tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber rapat keluarga Najib memaklumkan, permohonan pengampunan tidak dibawa dalam mesyuarat lembaga yang berlangsung pada hari ini.

Katanya, mesyuarat itu hanya menyentuh petisyen pengampunan oleh banduan lain.

“Difahamkan kertas kerja atau pandangan bertulis berhubung kes Datuk Seri Najib belum siap. 

“Antara 26-28 nama, tiada pun nama beliau (Datuk Seri Najib),” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, laporan Free Malaysia Today (FMT) sumber memetik sumber yang mengatakan Lembaga Pengampunan dikatakan tidak membincangkan permohonan petisyen bekas Perdana Menteri itu terhadap hukuman penjara dan denda.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri itu terhadap hukuman penjara dan denda tidak semestinya dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan yang dijadual bermesyuarat hari ini ini.

Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada permohonan pengampunan Najib akan dibawa atau disentuh dalam mesyuarat lembaga berkenaan.

Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan permohonan petisyen pengampunan dikemukakan oleh banduan yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Namun sehingga kini belum pasti sama ada permohonan pengampunan Najib dibincangkan dalam mesyuarat itu walaupun keluarga bekas Perdana Menteri itu dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini pernah membuat ketetapan merayu pengampunan bagi Najib daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lalu memfailkan permohonan pengampunan diraja setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac lalu, Najib gagal dalam permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya