Lebih ramai remaja beli vape tanpa rasa takut - CAP - Utusan Malaysia

Lebih ramai remaja beli vape tanpa rasa takut – CAP

N. V. SUBBAROW menunjukkan peranti rokok elektronik atau vape yang bebas dibeli oleh remaja belasan tahun di kedai-kedai di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa lebih ramai remaja kini bebas memasuki dan membeli cecair berasaskan nikotin untuk gajet vape masing-masing.

Menurut Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow, tinjauan pihaknya sejak dua hari lalu mendapati sebahagian remaja berkenaan kelihatan sangat muda dengan ada yang mengaku baru berumur 14 tahun atau tingkatan dua.

Jelasnya, remaja berkenaan sebelum ini mengakui sangat takut untuk masuk ke kedai vape untuk membeli nikotin, namun situasi mula berubah selepas 1 April lalu, yang mana mereka bebas memasuki mana-mana kedai vape.

Malah, tambah beliau, ‘vaper’ seperti pelajar juga mengakui mereka mendapatkan wang untuk membeli cecair untuk gajet vape mereka daripada rakan dan ahli keluarga.

“Terdapat banyak kedai vape di Pulau Pinang dan golongan remaja dibenarkan masuk secara sah untuk membeli racun tetapi tidak meracuni produk nikotin.

“Ada yang tidak berpuas hati dengan duti eksais tetapi itu tidak menghalang mereka untuk membeli jus cecair nikotin.

“Selain itu, dua buab kedai vape mengakui tidak terkesan dengan duti eksais sebaliknya meningkatkan jualan dan memaklumkan lebih ramai gadis muda turut menjadi pelanggan baharu mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Subbarow, pihaknya bimbang trend itu akan membawa kepada keadaan tidak sihat kepada generasi muda akan datang.

Jelasnya, vape dan e-rokok itu mampu menyebabkan ketagihan nikotin dalam kalangan generasi baharu dan lebih membimbangkan, banyak peranti vape juga boleh digunakan untuk menyedut jenis dadah lain yang diharamkan.

“CAP percaya pendidikan untuk kedua-dua remaja dan ibu bapa mereka berhubung penggunaan peranti vape ini adalah amat penting.

“Remaja selalunya memperoleh sebahagian besar pengetahuan mereka tentang vape dan e-rokok daripada media sosial,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa Kementerian Kesiahatan (KKM) mengambil langkah segera untuk membendung remaja daripada dengan mudah dan sewenang-wenangnya membeli nikotin tanpa sebarang masalah.

“Jika tidak, kita mungkin perlu menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan dan ketagihan dadah di negara ini pada masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya