PASIR PUTEH: Sepohon kurma yang ditanam sebagai penghias laman Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai di sini berbuah buat kali pertama pada awal Ramadan tahun ini selepas usianya menjangkau lapan tahun. Guru Besar SK Sungai Petai, Roslee Muhamad berkata, guru sekolah berkenaan yang pakar dalam bidang pertanian berjaya melaksanakan proses kacukan debunga kerana hanya sebatang pokok mengeluarkan bunga jantan. Menurutnya, pokok kurma pokok setinggi tiga meter itu sudah mengeluarkan warna hijau…










