KKM bentang RUU baharu kawal sediaan nikotin vape

KKM bentang RUU baharu kawal sediaan nikotin vape

kesihatan
Kementerian Kesihatan harus memberi perhatian kepada isu-isu semasa yang menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan negara terlebih dahulu dan bukannya melaksanakan sesuatu yang mendapat tentangan seperi GEG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Dewan Rakyat Mei depan bagi mengawal sediaan nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pembentangan RUU itu dijangka dapat dilakukan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas akan datang.

Beliau berkata, RUU itu penting bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair vape.

“RUU itu akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok yang mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.

“Kami sangat prihatin di atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas diterima di media massa susulan pengecualian cukai sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin itu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, kKM menjalankan sesi libat urus berkenaan dasar yang ditetapkan di bawah RUU baharu itu termasuk peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) kepada semua pihak berkepentingan seperti ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan, badan profesional dan pihak lain berkaitan.

Dr. Zaliha berkata, KKM juga mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).

Menurutnya, GEGAR adalah program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui kerjasama pelbagai kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pada Belanjawan 2023 lalu, kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Malah, kerajaan juga bersetuju mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin itu.

Lanjutan itu, sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik kini adalah suatu barangan berduti eksais dan dikawal di bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176].

Akta Eksais 1976 memperuntukkan kawalan antaranya dengan melesenkan aktiviti pengilangan dan penggudangan yang melibatkan sediaan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya