Kim Yew akan cabar pengisytiharan muflis

Kim Yew akan cabar pengisytiharan muflis

LEE Kim Yew selepas sidang akhbar di The Mines Resort, Seri Kembangan, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew akan mencabar pengisytiharan muflis yang dikemukakan terhadapnya.

Katanya, beliau diminta untuk menyerahkan penyata hal ehwal kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dalam tempoh 21 hari daripada 17 April lalu.

“Beliau mengesahkan bahawa sudah bertemu dengan pegawai MDI dua hari lalu, selepas diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi pada Januari.

“Saya menyerahkan perkara ini kepada bidang kuasa Malaysia kerana yakin terhadap kerajaan Malaysia dan badan kehakiman kita serta undang-undang kemuflisan akan melindungi rakyatnya.

“Pada 17 April, saya sendiri ke MDI dan mengisi sebab-sebab kemuflisan saya selepas mengakui menerima notis mereka.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya hanya akan menghantar dokumen kepada bidang kuasa Malaysia.

“Kini saya hanya perlu fokus untuk mengemukakan penyata hal ehwal saya dan saya tidak akan menangguhkan penyerahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mengulas lanjut mengenai pengisytiharan muflis RM3 juta terhadapnya di The Mines Resort, di sini hari ini.

Terdahulu, Kim Yew diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Bagaimanapun, beliau telah menafikan dakwaan kebankrapan yang dibuat terhadapnya.

Notis kebankrapan itu difailkan oleh seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) yang bernama Gerald Patrick Healy iaitu bekas pekerja sebuah syarikat miliknya di AS bernama Club Excellence Inc..

Mengulas lanjut, Kim Yew  berkata, dia tidak malu diisytiharkan muflis untuk kes RM3 juta. Namun, saya berasa malu jika saya membenarkan Healy mengambil wang tersebut daripada saya.

“RM3 juta ini bukan wang yang saya hutang atau pinjam daripada Healy secara peribadi tetapi dia bekerja untuk syarikat itu, jadi dibayar oleh syarikat itu tetapi berdasarkan istilah ‘alter-ego’.

“Beliau sendiri tidak pasti bagaimana untuk menjelaskan maksud ‘alter-ego’ dari segi undang-undang,” katanya.

Menurut laman sesawang AS, ‘alter-ego’ merupakan doktrin yang membenarkan individu membentuk syarikat sebagai perisai terhadap liabiliti peribadi.

Ini bermakna jika perbadanan gagal membayar hutang, perbadanan itu sendiri bertanggungjawab dan bukannya pemilik atau pengendali individunya.

Bagaimanapun, doktrin ‘alter ego’ yang juga dikenali sebagai ‘piercing the corporate veil’ di mana individu mungkin bertanggungjawab ke atas tindakan syarikat mereka dalam keadaan tertentu.

Lee berkata, Healy telah menggunakan undang-undang negeri Nevada terhadapnya kerana di situlah Club Excellence Inc. bertapak.

”Healy telah memohon perintah timbang tara terhadapnya tanpa kehadirannya kerana sekatan perjalanan Covid-19 yang sedia ada pada masa itu.

“Healy kemudiannya memperoleh penghakiman yang memihak kepadanya dan memfailkan petisyen pemiutang terhadapnya di Mahkamah Tinggi Malaysia pada Ogos 2020,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini transaksi hasil carian kebankrapan e-Insolvensi dirinya disebarkan dan ini adalah tidak beretika dan cubaan untuk memberi tekanan kepadanya.

“Tangkapan skrin (screenshot) tersebut menyebabkan banyak masalah, ia tidak menjejaskan saya tetapi menjejaskan banyak rakan perniagaan dan kakitangan saya, mereka semua menyangka mereka akan kehilangan pekerjaan.

“Saya menggesa semua orang untuk menghormati undang-undang Malaysia dan berhenti berkongsi atau menyebarkan komen atau teguran yang tidak berasas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya