TANAH MERAH: Perikatan Nasional (PN) sedia mempertimbang kemasukan Parti Wawasan Negara yang diketuai Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke dalam gabungan itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagaimanapun berkata, parti tersebut perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu sebelum diterima masuk ke dalam PN.
“Perkara itu akan dibawa ke mesyuarat PN dalam masa terdekat,” katanya selepas hadir ke Konvensyen Reset Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) PN akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang. – UTUSAN
“Bersatu disingkirkan atau kekal dalam PN, kita tengok mesyuarat akan datang,” ujarnya. – UTUSAN










