Parti Wawasan Negara tanding PRN Johor, Negeri Sembilan guna logo PN

Parti Wawasan Negara tanding PRN Johor, Negeri Sembilan guna logo PN

HAMZAH Zainuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Parti Wawasan Negara akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semasa sidang media selepas Konvensyen Reset Malaysia di sini hari ini.

“Ya parti itu akan bertanding di kedua-dua PRN iaitu Johor dan Negeri Sembilan. Mungkin akan pakai logo PN,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, setakat ini Parti Wawasan Negara baru menyuarakan hasrat untuk bersama-sama Pas dan PN yang mana belum mendapat sebarang kata putus.

“Sampai masanya nanti saya akan jawab (bersama PN atau tidak) sebab saya sedang membincangkan perkara ini dengan semua pihak. Setakat ini kita baru menyampaikan hasrat untuk bersama-sama Pas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN