Kemudi peruntuk RM10,000 santuni asnaf

Kemudi peruntuk RM10,000 santuni asnaf

MAJIDAH Ismail (tengah) bersama Zurawati Zulkifli (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Beauty Kaseh, Mohd. Faizul Rohban Ahmad (tiga dari kanan) menyediakan air untuk diagihkan kepada asnaf di Tanjung Mas, Kota Bharu Kelantan, semalam. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk menyantuni golo­ngan asnaf sepanjang Ra­madan menerusi pelbagai program kebajikan yang telah dirangka ketika ini.

Presidennya, Majidah Ismail berkata, peruntukan itu hasil sumbangan yang disalurkan oleh individu, syarikat, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) kepada Kemudi untuk membantu golongan asnaf.

“Besar harapan Kemu­di dan penyumbang agar sumbangan yang di­hu­lur­kan ini dapat me­ri­­ngankan beban dan mem­­berikan kegembira­an buat mereka.

“Pada masa sama kita (Kemudi) akan turut me­nyantuni anak yatim de­ngan memberikan sedikit sumbangan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya semasa menyantuni golongan asnaf menerusi Program Air Balang Asnaf bersama Kemudi, Beauty Kaseh dan Kelab Santuni Asnaf Kelantan di Tanjung Mas, di sini semalam.

Majidah memberitahu, sebanyak 500 bungkus air balang daripada tiga perisa iaitu keladi, strawberi dan jagung kepada 200 keluarga asnaf.

Sementara itu, Penga­sas Kelab Santuni Asnaf Kelantan, Zurawati Zulkif­li berterima kasih kepada pihak Kemudi dan Beauty Kaseh yang menjayakan program agihan air ba­lang tersebut dan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada golo­ngan asnaf yang terpilih termasuk ibu tunggal dan anak yatim untuk merasai minuman percuma.

“Pihak kami juga mem­beri satu lauk untuk juadah berbuka puasa kepada golongan tersebut secara percuma sepanjang Ramadan hasil dana sumbangan orang ramai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN