Kembara Selawat Kanada Inteam di TV AlHijrah malam ini

Kembara Selawat Kanada Inteam di TV AlHijrah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bertemakan Meriahkan Syawal, #EratkanJalinan, TV AlHijrah menyajikan pilihan program istimewa termasuk sebuah rancangan dokumentari travelog, Kembara Selawat Kanada Inteam yang akan disiarkan pada pukul 9 malam ini.

Travelog yang disiarkan sempena 4 Syawal itu membawa penonton menelusuri pengembaraan dan hijrah selawat kumpulan nasyid terkenal, Inteam di bumi Eropah.

Penonton juga berpeluang meneroka gaya kehidupan sebagai seorang muslim terutamanya di negara yang majoriti penduduknya adalah bukan Islam.

Program ini juga berkongsi tentang di sebalik tabir perjalanan kumpulan yang terkenal dengan seleksi lagu-lagu cinta Islamik dalam mengadakan persembahan nasyid di sekitar Ontario, Kanada.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, kajian Nielsen Media menunjukkan stesen TV AlHijrah berjaya kekal sebagai saluran Islamik nombor satu Malaysia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Dalam erti kata lain, jelasnya, TV AlHijrah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia pada Ramadan dan telah mengungguli tangga pertama saluran Islamik ketika bulan Ramadan sejak tahun 2020.

“Pada Ramadan tahun ini, pencapaian saluran TV AlHijrah meningkat 151 peratus berbanding ketika Ramadan 2022. Peningkatan tinggi direkodkan pada minggu keempat Ramadan iaitu lebih 54 peratus berbanding pada minggu pertama.

“Antara penyumbang kejayaan ini ialah usaha pasukan penerbitan menyediakan pelbagai kandungan bermanfaat kepada penonton bermula daripada siaran slot qiamullail seawal pukul 4 pagi hingga slot moreh pada lewat malam.

“Selain itu, kita turut menekankan aspek dakwah kontemporari bagi memenuhi selera penonton yang semakin tinggi dan meningkat untuk program kerohanian alaf
baharu.

“Oleh yang demikian, kita mensasarkan lebih banyak kandungan berimpak tinggi diterbit dan disiar khusus buat penonton setia kami sepanjang Syawal yang mulia
pula,” jelasnya.

Menurut Namanzee, sebelas rancangan istimewa telah disusun oleh pihak stesen bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri penonton sekali gus mensasarkan peningkatan jumlah capaian terbaik stesen TV AlHijrah untuk Syawal pula.

Program-program tersebut adalah Hijrah Berselawat Raya, Telefilem Papa Balik Raya serta seleksi filem dari negara seberang seperti Kalam- Kalam Langit, Paga Surau, Iqro: Pertualang Meraih Bintang dan Lima Penjuru Masjid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya