JDT mudah atasi Perak FC 5-0 - Utusan Malaysia

JDT mudah atasi Perak FC 5-0

PEMAIN JDT meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seperti dijangka, gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mengalahkan Perak FC 5-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Pertemuan antara dua pasukan berlainan darjat itu menyaksikan pasukan pelawat menepati ramalan selaku pasukan pilihan.

Apa yang pasti, JDT bukan lawan Perak, dengan barisan pemain berpengalaman, perbezaan antara kedua-dua pasukan bagai bumi dengan langit .

Tiada siapa memberi peluang kepada pasukan Perak untuk menyaingi pasukan Harimau Selatan, namun pasukan tuan rumah tidak menyerah mudah biarpun tertekan hebat di sepanjang perlawanan.

Malah, anak buah Datuk Lim Teong Kim bermain cemerlang untuk mengelak mengalami kekalahan besar seperti ramalan ramai.

Jangkaan Perak akan menghadapi masalah dalam perlawanan itu terbukti apabila pelawat berada di hadapan seawal lima minit perlawanan berlangsung.

Gol pembukaan itu hasil jaringan sendiri Hasnul Zaim Zafri yang tertendang bola ke dalam gawang dalam usaha menyelamatkan sepakan lintang Arif Aiman .

JDT meneruskan penguasaan dan pasukan pelawat mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua melalui sepakan penalti Leandro Sebastian Velasquez pada minit ke-24.

Diogo Luis Santo kemudian menjadikan kedudukan 3-0 sejurus sebelum rehat untuk JDT selesa di hadapan.

Skrip pada babak kedua perlawanan tidak banyak berubah dengan JDT meneruskan penguasaan manakala tuan rumah menyerang melalui serangan balas..

JDT menambah dua gol melalui Bergson Gustavo pada minit ke-65, diikuti jaringan cantik Leandro hasil daripada sepakan percuma pada minit-minit akhir perlawanan untuk menambah keperitan lebih 6,000 penyokong The Bos Gaurus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya