Jawatankuasa peringkat tertinggi tangani isu doktor kontrak

Jawatankuasa peringkat tertinggi tangani isu doktor kontrak

KKM amat menghargai segala komitmen dan profesionalisme tinggi petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi bagi menangani isu berkaitan doktor kontrak.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Kabinet semalam dengan jawatankuasa berkenaan turut melibatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Beliau berkata, Kementarian Kesihatan (KKM) menyedari isu doktor kontrak ini adalah isu lama diwarisi kerajaan terdahulu, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2016 akibat dari lambakan keluaran doktor di pasaran ketika itu.

“KKM sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan bahawa segala permasalahan dan permintaan ini diteliti sesuai dengan isu semasa.

“Ia diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung penganjuran mogok dalam kalangan doktor kontrak yang akan diadakan pada Isnin hingga Rabu ini, Zalihat berkata, buat masa ini KKM tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut.

Dalam hal itu, KKM berpandangan mogok bukanlah suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap apa juga permasalahan timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain.

“Sebaliknya perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Hal ini kerana perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal, terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, KKM juga dari semasa ke semasa mengambil tindakan atas permintaan anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan dan kenaikan pangkat secara time-based.

Ini termasuk peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan selain Skim kesihatan lain juga diambil peduli dan ditambah baik.

“Justeru, Kementerian Kesihatan ingin menekankan bahawa mogok bukan suatu jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama secara lebih profesional dan berhemah.

“Selaku penjawat awam sama ada berjawatan tetap mahupun kontrak adalah tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya