Hooray X Fest: Boy Iman dakwa dianiaya - Utusan Malaysia

Hooray X Fest: Boy Iman dakwa dianiaya

BOY Iman (baju belang biru) dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bagi kes penipuan sewa tapak perniagaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena festival Hoorey X Fest Raya. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini, Boy Iman dikaitkan dengan kontroversi projek perumahan mampu milik, kali ini pelakon yang juga ahli perniagaan itu didakwa pula atas tuduhan menipu penganjuran festival raya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, didakwa menipu seorang wanita, Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdaya mangsa berkaitan penjualan tapak perniagaan atau penyewaan tapak sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wa­nita itu menyerahkan RM1,500.

Turut didakwa Nor Azmi Jantan, 49, serta dua wanita, Nor­azah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2.34 pagi, 19 April lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu ketika dibawa ke mahkamah, Boy Iman yang diisytiharkan muflis pada 2019 mendakwa dirinya dianiaya.

Media melapor­kan polis menahan lima individu termasuk pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung festival Hooray X Fest Raya yang dibatalkan saat-saat akhir.

Ia sepatutnya bermula 19 April lalu dan dibatalkan ekoran penaja utama menarik diri.

Selepas merekodkan penga­kuan, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan jaminan RM5,000 setiap tertuduh.

Peguam, Mohamad Syakir Mohamad Fawzi dan Earnest Azad yang mewakili tertuduh memohon ia dikurangkan.­

Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim menetapkan RM3,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa untuk disimpan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya